Wednesday, April 7, 2010

FALASI??

FALASI
(Hujah Lemah)

DEFINISI
 Hujah; pendapat yang disokong dengan alasan.
 Falasi; Hujah lemah atau juga dikenali satu bentuk hujahan yang mengemukakan satu pendapat yang tidak disertakan dengan alasan yang dapat menyokong pendapat yang dikemukakan.

JENIS- JENIS FALASI
1. Falasi Ad Hominem
 Kita bukan mengkritik idea seseorang tetapi sebaliknya kita menghentam peribadi orang itu; dia sudah nyayuk, dia tidak waras, dia melampau dsb.
 Contoh; En Y. tidak perlu komen apa-apa tentang bola. Apa dia tahu tentang bola, dia sendiri kaki bangku.

2. Merujuk Kewibawaan
 Satu keadaan di mana si penghujah cuba menguatkan hujah atau penyataannya dengan merujuk kepada seseorang yang pendapatnya biasa boleh dipercayai walaupun ianya belum dibuktikan kebenaranya.
 Biasanya hujah ini akan lemah jika penyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang bukan pakar dalam bidang tersebut .
 Contoh ; pemain bola x berkata : ‘minumlah milo supaya anda menjadi sihat dan kuat’

3. Falasi Kejahilan
 Ianya berlaku apabila kita mempertahankan idea kita dengan mengatakan tidak ada bukti-bukti sahih yang mengatakan idea kita itu salah.
 Contoh ; ‘Hantu tidak wujud. Saya sendiri belum melihatnya dan cerita-cerita orang tidak menyakinkan saya’

4. Falasi Hitam atau Putih
 Penggunaan kata lawan seperti ‘hitam-putih’, ‘peperangan-keamanan’, ‘panas-sejuk’ dan sebagainya
 Ianya seolah-olah terdapat hanya dua kemungkinan sahaja untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 Falasi jenis ini juga dikenali sebagai falasi dilema ; kita hanya ada dua pilihan
 Umpamanya ; ‘Mahukah anda pemerintahan yang berdasarkan sains, akal, dan teknologi atau pemerintahan yang hanya meniru idea-idea dari zaman silam’

5. Falasi Hujah Berbelit-belit
 Kita melakukan falasi ini apabila kesimpulan yang kita buat serupa dengan premis hujah kita.
 Contoh;
‘Ibu, Minah hendak berkahwin dengan Ahmad’
‘Apakah kamu betul-betul yakin tentang hal ini’
‘Tentulah! Dia sayang akan minah’
‘Bagaimana kamu pasti tentang hal itu’
‘Kerana itulah yang dikatakannya.Tentu dia tidak akan berdusta terhadap orang yang disayanginya’.

No comments:

Post a Comment