Saturday, January 16, 2010

Tanggungjawab Melebihi Masa Yang Ada

Ya Allah, alhamdulillah, ku bersyukur padaMu. Dalam usiaku sebegini, Engkau telah menganugerahkan kepadaku tanggungjawab yang melebihi masa yang ada. Begitu berharganya tarbiyyahMu ini dalam mematangkan diriku ya Allah. Alhamdulillah.. Moga aku dapat melaksanakannya dengan sebaiknya. Wahai Naurah Zikr, hargai masa yang masih dianugerahkan Allah ini. Ingatlah, hanya secebis masa sahaja yang aku ada khas untuk Islam tercinta, sebelum ajal mautku tiba, sebelum malaikat Izrail datang memanggilku... Islam tidak memerlukanku, tapi aku yang sangat2lah perlukan Islam...

Demi masa,
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Melainkan yang beriman dan beramal soleh,
Yang berpesan2 kepada kebenaran,
Serta berpesan2 kepada kesabaran.

Saturday, January 9, 2010

Indahnya Dapat Hidup Dalam Paruh Burung Hijau...

Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam, semoga sentiasa tercurah rahmat kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.

Di sini, ingin menceritakan 1 kisah yang pernah dengar dalam 1 kuliah. Kisah pada zaman peperangan dahulu, yang melibatkan seorang panglima perang pihak Islam, wanita tua dan kanak-kanak berumur 7 tahun. Tetapi, kurang pasti perang apa dan siapa panglima perang tersebut. Lebih kurang macam ni lah kisahnya :

Situasi 1 :
Seorang wanita tua ingin menyertai suatu peperangan. Dia memohon izin kepada panglima Islam untuk turut sama berjihad. Tetapi panglima perang tersebut tidak membenarkan wanita tua itu menyertai peperangan itu kerana wanita tua itu telah sangat tua dan kurang kudratnya. Oleh itu, wanita tua itu pun memberikan helaian rambutnya agar rambutnya itu dapat digunakan jika diperlukan dalam peperangan.

Situasi 2 :
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ingin juga turut serta dalam suatu peperangan itu. Tetapi panglima perang tidak mengiizinkan kanak-kanak itu turut serta dalam perang tersebut kerana kanak-kanak itu masih kecil. Kanak-kanak itu pun berkata kepada panglima perang itu bahawa pada akhirat kelak, akan dia buktikan di hadapan Allah SWT bahawasanya panglima perang tersebutlah yang menghalang kanak-kanak itu daripada berjihad pada jalan Allah SWT. Agak terkejut dengan kata-kata kanak-kanak itu, maka panglima perang itu pun mengiizinkan kanak-kanak itu untuk turut serta dalam perang tersebut. Dalam perang tersebut, kanak-kanak itu pun berjuang sehingga mati syahid. Akhirnya jenazah kanak-kanak yang mati syahid itu diambil oleh seekor burung warna hijau dengan menggunakan paruhnya dan kemudian burung hijau itu pun terbang sambil membawa kanak-kanak itu.

Ingin tahu siapa ibu kepada kanak-kanak itu???

Jawapannya, rupa-rupanya wanita tua dalam kisah situasi 1 tadi itulah yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu.

Apabila ditanyakan kepada wanita tua itu tentang apa amalan yang selalu kanak-kanak itu amalkan...
Wanita tua itu pun memberitahu bahawa amalan kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu ialah :
-tidak meninggalkan solat jemaah
-tidak meninggalkan solat malam
-dan diakhir setiap kali selepas solat, kanak-kanak itu berdoa agar pada Allah SWT agar dia dapat hidup dalam paruh burung hijau di syurga.


Dari Masruq berkata: "Aku bertanya kepada Abdullah tentang ayat ini "Wa laa tahsabannalladziina qutiluu fii sabiilillaahi amwaatan"
Abdullah menjawab : "Bahawa sesungguhnya saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal ayat tersebut, baginda Rasulullah SAW menjawab :
"Ruh-ruh mereka berada dalam paruh burung hijau yang bertempat di lampu yang bergantungan di Arsy. Mereka terbang dari suatu kebun syurga ke kebun syurga yang lain dengan sesuka hati, kemudian mereka kembali lagi ke sarangnya. Kemudian, Tuhan menampakkan kepada mereka secara langsung dan berfirman : "Adakah kalian menginginkan sesuatu?". Mereka menjawab : "Adakah kami menginginkan sesuatu lagi padahal kami sudah bebas terbang sekehendak hati dari satu kebun ke kebun syurga yang lain".
Tuhan berbuat yang demikian sampai tiga kali. Maka ketika mereka merasakan bahawa tidak akan ditinggalkan melainkan sesudah meminta, maka mereka berkata : "Ya Tuhan kami, kami ingin agar Engkau mengembalikan ruh kami ke jasad kami sehingga kami gugur lagi di jalanMu untuk kali yang kedua. "
Ketika terlihat mereka sudah tiada hajat lagi, maka mereka ditinggalkan.

(Hadis Riwayat Muslim)

Friday, January 8, 2010

Hidup Ini 1 Ujian... Mari bermotivasi diri...

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam, semoga tercurah kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.

Wahai insan,

Hendaklah kita selalu rela dengan ketentuan Allah, kerana kerelaan merupakan hasil daripada mahabbah dan makrifat yang paling mulia.

"Barangsiapa tidak reda dengan qadaKu dan tidak sabar atas cubaanKu, maka carilah Tuhan selainKu." (maksud Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Thabrani, Abu Daud dan Ibnu Asakir)

Hendaklah kita selalu teguh dalam berkeyakinan, kerana keyakinan merupakan kekuatan dan keteguhan iman yang sudah mendarah daging dan menyatu dalam hati, laksana sebuah gunung yang sangat besar. Kerana itu, segala bentuk keraguan dan ujian tidak akan mampu menggoyahnya.

Rasulullah SAW bersabda (maksud) :
"Keyakinan adalah bahagian keseluruhan dari iman." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Hendaklah kita selalu sabar, kerana sabar adalah sendi utama yang harus kita miliki selama kita hidup di dunia ini. Sabar juga mengandungi akhlak yang mulia dan keutamaan-keutamaan yang agung.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita yang gembira kepada orang-orang yang sabar.
Iaitu orang-orang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)."
(maksud Al-Baqarah:155-156)

Hendaklah kita selalu bertawakal kepada Allah, kerana barangsiapa yang bertawakal dan pasrah kepada Allah SWT, maka dia akan dicukupi, ditolong dan selalu dikasihaniNya.

"Maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal kepadaNya." (maksud Al-Imran: 159)

Wahai insan,

Siapa di antara kita yang berjaya mengatasi ujian Allah SWT, itulah kejayaan yang diciptakan. Ujian adalah untuk mengenalpasti siapa di antara kita yang benar-benar beriman. Ramai di kalangan kita yang apabila dihadirkan dengan ujian, dia berpatah arah.

Mahu atau tidak, setuju atau tidak, bila mana kita meletakkan diri kita dalam perjuangan pada jalan Allah, kita pastinya akan bertemu dengan ujian.

Wahai insan,

Hidup kita ini adalah perjuangan. Untuk memastikan kelangsungan hidup yang bahagia, kehidupan kita mesti bersama dengan Islam. Untuk hidup benar-benar muslim, untuk hidup bersama dengan ajaran Islam, untuk menghayati Islam, mendaulatkan Islam, kita mesti menghadapi pelbagai ujian daripada Allah SWT.

Kita tidak ada jalan shortcut dalam perjuangan hidup ini. Mesti menempuh pelbagai ujian. Jika perjuangan tidak berdepan dengan ujian, itu bukanlah perjuangan yang sebenar.

Jangan kata TAK NAK!!!

Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam, semoga sentiasa tercurah rahmat kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.

Wahai insan yang telah berpegang pada kalimah syahadah...

Aku bersaksi bahawa tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH...

Pemuda pemudi Islam... Perlunya pada usia kita kini berusaha membangunkan Islam. Dalam usaha kita membina jati diri, keinginan diri untuk Islam mestilah harus diperteguhkan.

"Abang, nak naik motor pegi mana tu??? Jom kita pegi surau. Tadi adik dengar imam surau kita kata akan ada mesyuarat untuk perancangan surau bagi tahun ni. Adik tringin la NAK join skali...", kata seorang adik yang berumur 5 tahun kepada abang sulungnya yang berusia 20 tahun.

"Eh, ko ni.. banyak tanya la. macam biasa la. Aku kan kaki awek. buat2 x tau pulak... Aku nak lepak ngan awek baru aku la... Bosan giler aku kat rumah ni.. nak pi surau?? huh, lagi la bosan!! hahaha.. nah ambil nih!! dah2, pegi main jauh2!! sibuk je!!", jawab si abang.

Si adik membelek2 benda yang diberi oleh abangnya. Dulu abang selalu jugak bagi benda yang panjang macam ni. Itu CHOKI CHOKI. Tapi macam lain pulak ni. Si adik pun memakai speknya yang tebal. Astaghfirullah.... ROKOK!!!

Itulah realitinya kebanyakan remaja zaman kini. Nak pegi lepak dengan awek, tapi TAK NAK pegi majlis ilmu di surau/masjid. Nak merokok tapi TAK NAK membaca ayat2 Allah... Nak pegang tangan awek tapi TAK NAK bina keluarga muslim dengan cara yang mengikut syariat... Tiada kemahuan untuk perkara2 yang disukai Allah...

Kemahuan adalah 1 perkara yang Allah beri, tapi kita harus berusaha mendapatkannya. Apabila Allah SWT telah meletakkan kemahuan dalam diri kita kepada ke arah kebaikan, ALHAMDULILLAH... HidayahNYA telah tiba. Pentingnya kemahuan untuk diri ditarbiyah...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiap2 umat aku(Rasulullah SAW) berpeluang masuk syurga kecuali yang enggan"

Siapa? Kenapa?

Siapa yang taat pada ajaran Rasulullah SAW, dia masuk syurga. Tapi, bagaimana pula yang TAK NAK???